Google

Friday, May 11, 2007

TAMAN BANJARAN CROCKER




Taman Banjaran Crocker adalah salah satu tempat pelancongan yang terdapat di negeri Sabah.Lokasi Taman Banjaran Crocker ini terletak pada julat ketinggian 900 meter daripada paras laut dan lebih kurang 11 kilometer dari pekan Keningau melalui jalan raya berturap Keningau - Papar.Taman ini juga boleh dikunjungi terus daripada Bandaraya Kota Kinabalu melalui jalan raya Kota Kinabalu - Tambunan - Keningau.Masa perjalanan adalah antara 2-3 jam.
Sesuai dengan tahun melawat Malaysia 2007,tempat ini adalah begitu sesuai untuk di lawati bagi mereka yang meminati alam flora dan fauna.
Keindahan kepelbagaian khazanah alam semulajadi pasti memberikan satu pengalaman yang sukar dilupakan oleh pengunjung dan pelawat.Antara flora dan fauna yang boleh ditemui di Taman Banjaran Crocker ini ialah 265 spesies burung,107 spesies mamalia,42 spesies ikan air tawar dan dianggarkan 5000 spesies tumbuh-tumbuhan iaitu 1/3 daripada jumlah spesies tumbuhan di pulau Borneo.
Taman Banjaran Crocker juga menyediakan kemudahan penginapan kepada pelawat-pelawat yang ingin bermalam.

Jenis Penginapan :-

Rumah Rehat
Kapasiti 6 orang
3 Bilik Harga @ RM40.oo 1 malam

Asrama
Kapasiti 32 orang
2 Bilik yang boleh memuatkan 28 orang @ RM20.00 1 malam
2 Bilik katil berkembar boleh memuatkan 4 orang @ RM50.00 1 malam

Khemah
RM5.00 @ 1 malam untuk yang berumur 18 tahun ke atas.
RM3.00 @ 1 malam untuk yang berumur 18 tahun ke bawah.

Taman Banjaran Crocker akan mengenakan yuran untuk masuk ke Taman.
Yuran adalah seperti di bawah :-





UmurMalaysianLuar Negara
18 ke atasRM3.00RM10.00
18 ke bawahRM1.00RM6.00
16 tahun ke bawah Pelajar sahajaRM0.50RM6.00

Tempahan penginapan adalah pada masa pejabat sahaja iaitu dari jam 0800am hingga 0500pm.Kapasiti penginapan adalah terhad dan tempahan perlu dibuat lebih awal sebelum tarikh melawat.

Untuk maklumat lebih lanjut,anda boleh menghubungi :-
TAMAN BANJARAN CROCKER
TEL:019-8620404
FAX:087-330924

SELAMAT DATANG KE TAMAN BANJARAN CROCKER.
PROMOSI SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2007.

Sumber Maklumat :
Taman Banjaran Crocker
(Tamplet)



No comments: